top of page
The Price - driftwood sculpture
  • The Price - driftwood sculpture

    $25,000.00Price

    Synopsis (EN)
    A sculpture built out of driftwood is a sculpture of

    many stories. Each piece of wood is unique, and might have travelled across oceans, survived massive storms before reaching its final destination between huge rocks or on a heavenly beach. When I look at the multitude of driftwood collected around the islands of Langkawi, I see the variety of surfaces, smooth and shiny on some, jagged and bleached white on others. I can only imagine the story of their life, from being part of a living tree somewhere out in this world to the small fractioned piece I hold in my hand. It’s funny, really, how I came to the conclusion that driftwood and ballet have so much in common. The price it pays to achieve something extraordinary, to become stronger through adversity.. a driftwood simply does not rot as fast and some become so hard, it seems they are fossilized. So, the idea took form in the creation of this particular sculpture that depicts the form of a ballerina. The ballet world too, is no bed of roses. Behind the utter elegance, the appearance of fluidity and ease, lies years of sacrifice and unending practice, facing criticism, and even enduring lasting physical pain and mutilation of a ballerina’s feet.

    The Price is my homage to both the driftwood and the ballerina. A manifestation of the arts -both in elegance and grit.

     

    Sinopsis (BM)

    Arca yang dibina dari kayu hanyut mengandungi begitu banyak cerita. Setiap kepingan kayu hanyut

    adalah unik, dan mungkin telah menyeberangi lautan, terapung-apung dilambung ombak, ribut di tengah samudera sebelum sampai ke destinasi terakhirnya samaada di antara batu- batu besar atau terdampar di persisiran pantai. Ketika

    saya mengamati kayu-kayu hanyut yang saya kumpulkan di sekitar pulau-pulau Langkawi, saya menyedari yang setiap kayu mempunyai cerita mereka yang tersendiri. Mereka melalui segala rintangan, segala kesukaran yang tidak dapat digambarkan sehingga mengubah kulit asal mereka menjadi licin dan berkilat, ada pula yang bertukar menjadi putih diluntur mentari serta tajam dan bergerigi. Tiada siapa yang dapat membayangkan apa yang telah mereka lalui. Ketika itu, terdetik di hati saya yang kayu-kayu hanyut itu mempunyai banyak persamaan dengan dengan seorang ballerina. Mereka melalui proses yang sukar untuk menjadi hebat, kuat , luar biasa, walaupun harus melalui
    pelbagai
    kesukaran.

    Jelas sekali, wujud hubungan yang kuat dan unik
    diantara mereka. Dari sini tercetuslah ilham
    untuk penciptaan sebuah arca yang
    menggambarkan bentuk seorang ballerina,
    penciptaan ini menggambarkan pengorbanan
    dan kehebatan seorang ballerina didalam dunia
    balet, kerana dalam dunia balet juga tidak ada
    apa yang mudah. Di sebalik keanggunan dan
    kelembutan setiap gerak tari seorang ballerina,
    mereka harus melalui cabaran dan latihan yang
    bertahun-tahun lamanya tanpa henti demi
    mencapai kesempurnaan. Tidak cukup dengan
    itu, setiap ballerina perlu kuat menerima
    kritikan, dan menanggung kesakitan fizikal yang
    berterusan dan boleh membawa kepada kecacatan kekal kepada kaki ballerina itu sendiri.

    “The Price” adalah penghormatan saya kepada kayu hanyut dan ballerina. Suatu manifestasi kesenian - kesinambungan kecantikan dan ketabahan.

      bottom of page